Friday, 22 July 2016

Assalamualaikum semua..:)
Alhamdulillah kita masih berada di bulan syawal..di kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga PJBMA mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Moga2 syawal ini, kita semua ditingkatkan taqwa hasil sebulan di overhaul sepanjang ramdhan..amin3x Ya Allah..

Ok lah..rasanya saya belum lagi buat pengenalan ttg pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi ini.. jom kita baca
👇👇👇

Pengenalan.

Pusat jagaan baitul mahabbah Al-hashimi

(PJBMA) adalah sebuah pusat jagaan yang berkonsepkan kebajikan yang menaungi seramai 45 orang anak-anak dari kalangan anak yatim, fakir miskin, OKU, remaja insaf,asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan pembelaan samada dari peringkat rendah dan menengah. Anak-anak tersebut diasramakan dan diberikan pendidikan untuk kesejahteraan hidup mereka didunia dan akhirat.

PJBMA bernombor pendaftaran RA0017690-K telah memulakan operasinya sejak bulan februari 2010 di

No 145, jalan sri emas 3,
taman desa sri emas,
06300 kuala nerang kedah DA.

Rumah ini dijadikan asrama yang menempatkan anak-anak sekolah rendah perempuan berumur 7-12 tahun. Pada bulan mei 2010, PJBMA telah membuka 1 cawangan di

Lot 1217, bendang pelai,
mukim belimbing kiri,
jalan padang sanai, kedah DA

yang menempatkan anak-anak remaja lelaki dan anak-anak lelaki sekolah rendah. Atas dasar kasih sayang yang dituntut oleg Allah SWT dikalangan kita manusia, anak-anak inj diasuh agar mereka kenal, yakin pada Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendaknya. Ini diterapkan dalam kaedah pendidikan seterusnya membina jatidiri untuk menjadi model kepada golongan sebaya. Kasih sayang diperlukan oleh setiap insan, oleh itu di PJBMA ini, anak-anak ini disuburkan jiwa, mental dan fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah SWT. Untuk menyempurnakan lagi hasrat ini, maka pihak pengurusan PJBMA berharap ada golongan individu, ahli perniagaan, syarikat mahupun badan korporat serta badan sukarelawan yang sudi tampil bersama memberikan sokongan atas usaha ini. Sokongan masyarakat amatlah diperlukan dalam semua bentuk terutama dari sudut kewangan. Berikut adalah anggaran perbelanjaan PJBMA secara umumnya yang tidak dapat tidak perlu disediakan pada setiap bulan.

ANGGARAN PURATA KEPERLUAN BULANAN PJBMA
1. Kos senggara dan baik pulih rm500
2. Sewa bangunan rm700
3. Bil elektrik rm500
4. Bil air rm300
5. Kenderaan (petrol&senggaraan) rm800
6. Makan minum (belian barang basah) rm3,000
7. Bahan makanan kering rm 1,800
8. Toileteries & saniteries rm500
9. Kesihatan & perubatan rm500
10. Belanja sekolah rm1,000
11. Saguhati petugas rm 3,000
12. Promosi/flyer/stem/alat tulis rm500
13. Sumbangan anak yatim rm1,000
14. Lain-lain rm900

JUMLAH BESAR RM15,000


Pihak PJBMA juga sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari anda semua. Dan sumbangan boleh diberi dalam bentuk tunai, atau disalurkan ke akaun :
CIMB ISLAMIC 02060000129100 atas nama Pusat Jagaan Baitul mahabbah Al-hashimi.

*segala sumbangan dan zakat yang melebihi rm1000 layak mendapat resit pelepasan cukai.
(RUJ-LHDN 01/35/42/51/179-6.5134)

Sebarang pertanyaan dan urusan sila hubungi
Puan sakinah 0174461037
Puan su 0185733945

Ok, sekian dulu utk kali ni..jumpa lagi dan
Assalamualaikum..

☺☺😊😊😊😊😊

No comments:

Post a Comment